Jumaat, 21 Disember 2012

Bye 2012 :)

Dear my blogger's readers...

 Tahun 2012 dah nak habis kan. Tahun 2013 akan datang. Dan pabila angka pada tahun tu bertambah, maka umur kite kite semua pun meningkat kan.. Tahun baru, azam baru. Hahahhaa ayat yg selalu kita dengar bila tahun baru mendatang. Tapi, bile renungkan balik, ayat tu cume sekadar lafaz, status atau pun omong kosong. Hmm tah kenapa harini aku asyik fikirkan Dunia Oh Dunia ni. Patut lah seharian 'moody'. Kawan2 mesej, whatsapp, call pun takda mood nak layan. Hmm tiba masa aku fikirkan masa depan. Siapa taknak berjaya, jadi manusia berguna, hidup bahagia semua tu. Haihh semua orang pun nak lah.. Tak kecuali dengan  aku. Bila kenangkan balik diri aku yg sebelum ni. MasyaaAllah teruk juga aku ni. Terasa macam aku ni memang manusia tak berguna langsung. Takde kebaikan aku hidup kat dunia ni...Terlebih sosial maybe. Salah pilih kawan maybe. Kurang ajar dengan mak ayah sendiri maybe. Selalu gaduh dengan kakak, abang aku maybe. Selalu tinggal solat maybe. Aku nak sangat berubah.. Teringin nak jadi baik macam dulu. kalau boleh nak jadi lebih dari dari sebelum sebelum ni.... Nak happy macam dulu, nak hidup bahagia macam dulu, nak senyum sentiasa macam dulu. Yelahh, sekarang aku mana happy. Senyuman dan ketawa aku tu tak membuktikan aku bahagia sikit pun.Sumpah aku selalu rasa hidup aku ni kosonggg~~ kosong ~~ kosong ~~
Ada family, tapi aku selalu rasa asing dengan family sendiri. Tah aku ni stranger ke dlm family sendiri. Ada kawan ramai tapi selalu sakit sakit dengan mereka. Kadang2 aku rasa macam dah takda sesiapa. Tapi sebenarnya aku lupa aku ada Allah. Tu lah, dah diberi banyak sangat kesenangan sampai aku selalu lalai. Hmm, kalau lah tahu hidup ni susah, mencabar.. Tak mintak pun aku dilahirkan. Mungkin aku cuma menyusahkan orang lain je. Tah kenapa aku cakap macam ni. Aku rasa macam hidup aku tak lama je lagi.. Tahun ni aku selalu sgt rasa asing dlm family sendiri, aku selalu ada masalah kawan, aku selalu sedih, aku selalu rasa bodoh, aku selalu rasa malang. What a sadlifeeeeee.. Kalau nak difikirkan, tak dinafikan banyak perubahan ke arah negatif dalam diri aku ni.. No wonder lah aku ni terus menerus bernasib malang kan :')
Tapi nak menyesal je pun tak guna kan. Nasi sudah jadi bubur baq hang. Lagipun Allah takkan mengubah nasib seseorang tu kalau dia tak ubahnya sendiri. Mungkin ada banyak hikmah di sebalik 1001 kesedihan aku lalui dalam hidup ni. Tapi, seriously aku cakap. Tahun 2012 memang banyak mengajar aku tentang banyak perkara. Rasa macam baru kenal dunia je. Sudah lah. Lepasni aku nak berubah. Sikit2 pun jadi lah. Sampai bila pun aku nak jadi manusia tak guna macam ni. See, result pmr aku sikit pun  tak membangga kan parents aku. Lain lah abang akak aku masuk SBP, pmr straight A's, spm boleh tahan. Okay, aku memang taknak kurung aku dalam kemurungan macam ni. Honestly, aku rindu zaman kanak kanak aku. Waktu tu aku memang tak kenal erti 'masalah' tu. Kalau tahu lah 'masalah' ni menyakitkan, aku tak mintak aku kenal pun maksudnya.Nasihat aku untuk kawan kawan luar sana yang selalu menangis pasal boyfriend, girlfriend,friends or whatever, korang jangan jadi lifeless lah nak sedih masalah remeh macamtu.. Hidup kita ni terlalu singkat untuk semua kesedihan. Kita kena fikir jugak hidup kita yg kekal lagi abadi lepas mati nanti. Semoga lepasni semuanya lebih baik dan jauh lebih baik daripada sebelum sebelum ni okay..
Assalamualaikum :')
-CikSu-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Halaman

about i,my,me,mine:)

PELAWAT yg saye hargai:)